- Perhimpunan Pagi
- Perhimpunan Formal - Ahad (7.30pg - 8.20pg)
- Perhimpunan Hari Khamis (7.30pg - 8.00pg)
- Bacaan Al-Quran (7.30pg - 7.40pg)
- Keselamatan Pelajar
- Tidak dibenarkan menurun pelajar dari kenderaan di tempat yang diletakkan kon.
- Pelajar mesti diturunkan dihadapan tiang bendera atau disekitar kawasan tersebut.
- Hanya pada hari hujan sahaja pelajar dibenarkan turun dari kenderaan di tempat letak kereta (porch) .
- Perlahankan kenderaan di dalam kawasan sekolah.
- Pelajar mesti berada di kawasan sekolah pada pukul 7.25 pagi.
- Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran pentadbir sekolah.
- Pakaian Seragam Sekolah.
- Uniform Sekolah (Perempuan).
- Baju Kurung
- Pinafore
- Uniform Sekolah (Lelaki).
- Warna seluar : Hijau kehitaman (Dark Olive).
- Lebar kaki seluar : 16 - 18 inci.
- Potongan Seluar : Potongan slack.
- Tali pinggang : Warna Hitam/warna seluar.
- Lebar tali pinggang : Tidak melebihi 1 inci. Kepala, 1.5 inci tanpa hiasan.
- Lencana Sekolah.
- Bagi pelajar lelaki, lencana diatas poket.
- Bagi pelajar perempuan, lencana diatas dan tanda nama dibawah.
- Pakaian Sukan, Permainan dan Pendidikan Jasmani.
- Memakai baju T putih atau baju T rumah sukan masing-masing.
- Pelajar perempuan muslim - berkolar, berlengan panjang dan bertudung.
- Seluar trak berwarna gelap.
- Berkasut sukan.
- Semua pelajar yang menyertai aktiviti mesti menutup aurat.
- Rambut Pelajar
- Dilarang mewarnakan rambut
- Rambut 'punk' dan lain - lain fesyen serta botak tanpa sebab adalah dilarang.
- Bagi pelajar non muslim yang berambut panjang mestilah diikat dengan kemas menggunakan pengikat.
- Rambut Pelajar Lelaki
- Sisi : Tidak menutup kedua - dua telinga. Sideburn, tidak melebihi garis tengah hidung.
- Depan : Tidak melepasi garisan tengah dahi.
- Belakang: Tidak melebihi garisan dibawah kedua cuping telinga.
- Salah Laku Disiplin
- Fasal 28 (Kategori Berat)
- Berjudi.
- Mencuri.
- Memukul / Mencedera.
- Melawan / Mengancam.
- Peras ugut.
- Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
- Menceroboh.
- Mencabul kehormatan.
- Tunjuk perasaan/Mengganggu ketenteraman sekolah.
- Sengaja menimbulkan sesuatu yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
- Merayu undi/Menyokong/Menyebar apa - apa risalah politik bagi mana - mana parti/pertubuhan politik.
- Membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak berkuasa.
- Sengaja merosakkan harta benda kerajaan/sekolah.
- Sengaja merosakkan harta guru/pelajar/kakitangan sekolah.
- Membuli/Raging/mengeluarkan kata - kata lucah/menyimpan/membawa dan mengedar bahan - bahan lucah.
- Bercumbuan/Berkhalwat.
- Bohjan/Bohsia
- Melacur/Meliwat
- Mengintai
- Membawa/Menyimpan/Menghisap rokok.
- Merupakan kesalahan berat dan boleh mengakibatkan tindakan dibuang sekolah berdasarkan SPI BIL 4/1997 - Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
- Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali.
- Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali.
- Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali.
- Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (tidak melebihi 14 hari).
- Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah.
- Mengambil/Menyimpan/Mengedar dadah.
- Mengambil/Memiliki bahan-bahan mengkhayalkan/Boleh mengkhayalkan.
- Meminum minuman keras, memabukkan.
- Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah dua kali amaran.
- Menunjukkan sikap bongka/Penghinaan pada guru/kakitangan sekolah.
- Tidak sembahyang dan tidak berpuasa Ramadhan bagi pelajar muslim.
- Melanggar peraturan-peraturan yang ditubuhkan oleh sekolah/jabatan pelajaran.
- Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut perkiraan pengetua sebagai perlanggaran tatatertib yang berat
- Hukuman kerana melanggar peraturan fasal 28:
- Amaran lisan.
- Denda/ganti dan surat kepada penjaga.
- Amaran bertulis disertai perjanjian pelajar.
- Penahanan – menjalankan aktiviti kebajikan.
- Hubungi ibubapa dan ibu bapa perlu menandatangani surat aku janji.
- Dirotan kali pertama.
- Dirotan kali kedua (2 kali ) dan surat kepada penjaga.
- Gantung persekolahan (14 hari ).
- Dibuang sekolah.
- Tindakan undang - undang oleh pihak polis/mahkamah
- Ponteng Sekolah
- Surat Amaran Pertama- Tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut - turut atau 10 hari (tidak berturut) tanpa surat akuan
- Surat Amaran Kedua
- Tidak hadir ke sekolah 7 hari berturut - turut atau 10 hari (tidak berturut) selepas amaran pertama.
- Surat Amaran Terakhir
- Selepas 7 hari berturut - turut atau 20 hari (tidak berturut selepas amaran kedua.
- Jika 14 hari tidak hadir berturut - turut atau 20 hari (tidak berturut) selepas amaran terakhir maka surat buang sekolah akan dihantar.
- Semua pelajar warganegara Malaysia layak menerima pinjaman buku SPBT.
- Pelajar bertanggungjawab menjaga keselamatan buku SPBT dan membalutnya dengan plastik.
- Buku SPBT yang hilang wajib diganti.
- Tidak dibenarkan meninggalkan buku SPBT di dalam kelas atau di sekolah.
- Larangan Membawa Handphone dan Barangan Berharga
- Larangan membawa dan mengguna telefon bimbit oleh murid di sekolah - SPI BIL 2/2009
- Semua pelajar tidak dibenarkan membawa handphone (h/p) ke sekolah, jika engkar h/p tersebut akan dirampas dan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.
- Apabila dirampas, hanya ibu bapa/penjaga sahaja boleh mengambilnya semula dengan mengemukakan surat perjanjian memastikan anak tidak mengulangi kesalahan membawa h/p ke sekolah. Kesalahan tersebut akan direkod sebagai kes salahlaku pelajar.
- Pelajar hanya dibenar menggunakan telefon awam yang disediakan dikawasan sekolah atau di pejabat sekolah
- Larangan membawa barangan berharga.
- Pelajar dilarang memakai/membawa barang berharga ke sekolah seperti barang kemas.
- Pelajar juga dilarang membawa kamera, videocam dll kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah.
- Jika engkar, barangan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa/penjaga boleh mengambil semula dengan mengemukakan surat perjanjian memastikan kesalahan tersebut tidak diulangi.
- Jika engkar, pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian/kehilangan.