SEJARAH



Pembinaan Sekolah ini bermula pertengahan tahun 1984 dan siap pada bulan Januari 1986. Sekolah ini terpaksa ditinggalkan kosong selama 16 bulan sehingga pertengahan tahun 1987. Dengan persetujuan PETRONAS dan EPMI, tapak seluas 1.5 ekar yang terletak di antara pekan Kerteh dan  Kemasik telah mula beroperasi pada 1 Julai 1987 dengan nama SEKOLAH RANTAU PETRONAS.

Pada Januari 1999, pengurusan sekolah telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia daripada pihak PETRONAS. Sehubungan dengan itu, nama Sekolah Rantau Petronas ditukar kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PETRONAS.